Semakan Baki Pinjaman Perumahan Online Dan SMS

by admin@semakan.net on July 24, 2017

Semakan baki pinjaman perumahan, Bagaimana cara membuat semakan baki pinjaman perumahan kakitangan awam/ kerajaan dengan cara mudah?Kecanggihan teknologi membolehkan anda membuat semakan secara online dan SMS. Bermula 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara Online Dan SMS.

Semakan Pinjaman LPPSA Online

Kaedah pertama adalah Semakan secara online melalui Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). Pengguna baru dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.

Pendaftaran boleh dibuat di DAFTAR BARU

Pengguna yang telah mendaftar akan dapat mengakses perkhidmatan-perkhidmatan seperti semakan status permohonan baru, status bayaran kemajuan, status baki pinjaman, penyata tahunan, penghantaran hakmilik dan bayaran balik pinjaman.

Klik [SINI] untuk menyemak status baki pinjaman

Semakan Baki Pinjaman Melalui SMS

Satu lagi kaedah semakan adalah melalui khidmat SMS (mySMS 15888). Berikut adalah langkah membuat semakan :-

Taip LPPSA BAKI <jarak> No Kad Pengenalan

Contoh :  LPPSA BAKI 770311054786
Kemudian hantar SMS ke 15888

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik dibawah ini.

P/S : Semoga dengan kaedah semakan yang begitu fleksibel ini, boleh dijadikan panduan buat kakitangan kerajaan dalam membayar balik pinjaman perumahan mereka.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Page 1 of 11