counter
≡ Menu

Semakan BR1M 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2017. Jika anda hendak tahu status permohonan serta rayuan BR1M 2017 anda samada berjaya atau tidak?

Jawapannya semak BR1M 2017 secara online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BR1M seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017/6.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2017

Semakan status BR1M 2017 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online
Boleh disemak di STATUS BR1M 2017. Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.

Contoh: 860424035123

Status Permohonan

Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2017 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan

Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2017

Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2017 kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2017 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2017 bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017. Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M 2017 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK

Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya

Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.

Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2017 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai 20 Mac 2017.

Untuk makluman lanjut, sila layari FAQ Semakan Status.

2. Semakan Melalui e-Mail
Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan Melalui Telefon
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

4. Applikasi Mobile Semakan BR1M
Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-

  1. Status penghantaran borang
  2. Semakan status permohonan
  3. Status rayuan
  4. Semakan status bayaran

Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Langkah Buat Semakan Appplikasi Mobile

  • Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’. Kemudian muat turunaplikasi tersebut
  • Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
  • Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  • Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  • Sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalan keselamatan
  • Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Borang Rayuan BR1M
Menurut Laman Web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.

Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 yang lain akan dikemaskini dari masa kesemasa. Informasi dibawah yang dikongsikan ini adalah untuk Rayuan BR1M 2016.

Recent search terms:

  • brim 2018
  • br1m 2018 permohonan
  • br1m 2018
  • brim 2018 permohonan
  • br1m2018
  • semakan br1m 2018
  • semak brim 2018
  • mykad br1m 2018
  • cek brim 2018
  • semakan brim 2018
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend