Semakan Nama Daftar Pemilih Pilihanraya Online

by admin@semakan.net on July 24, 2017

Semakan nama daftar pemilih terkini, individu warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun adalah berkelayakan untuk membuat pendaftaran pemilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan di Malaysia.

Di sini bermulanya peranan serta hak rakyat sebagai pengundi untuk memilih para pemimpin serta parti politik yang akan menerajui tampuk pemerintahan kerajaan.

Sebagai makluman, semakan daftar pemilih (pengundi) dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang.

CARA SEMAKAN NAMA DAFTAR PEMILIH (PENGUNDI) SPR SECARA ONLINE DAN SMS MENGUNDI PRU PRK

Kepada mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih melalui saluran yang sah boleh membuat semakan Daftar Pemilih secara atas talian (online) atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikut adalah maklumat dan butiran berkaitan yang diperlukan :-

Semakan Nama Daftar Pemilih Secara Online (Individu)

Adalah dengan melayari sistem aplikasi Semakan Daftar Pemilih yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi portal di rasmi, klik pada judul pautan berikut :-

Semakan Daftar Pemilih (Individu) SPR [KLIK SINI]

Semakan Nama Daftar Pemilih Secara Online (Isi Rumah)

Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih yang telah disahkan secara serentak, klik pada judul pautan berikut :-

Sistem Aplikasi Semakan Daftar Pemilih (Isi Rumah) SPR [KLIK SINI]

Semakan Nama Daftar Pemilih Secara SMS

Adalah dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut :-

Semakan SMSSPR (jarak) SEMAK (jarak) No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888

Maklumat dan Pertanyaan

Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Semakan Daftar Pemilih, sila hubungi talian 03-8892 7000.

Info lanjut

Di Malaysia, syarat minimum bagi seseorang untuk layak mereka menjadi pemilih ialah seorang warganegara, berusia 21 tahun dan bermastautin di dalam bahagian atau kawasan pilihanraya

Mereka yang berkelayakan mengundi boleh membuat pendaftaran (mendaftar) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di pautan http://spr.gov.my

P/S : Semoga artikel ini membantu anda membuat semakan daftar nama pilihanraya.

Recent search terms:

  • semakan daftar pemilih isi rumah

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Page 1 of 11