in

Semakan Tarikh Penting Permohonan IPG 2018 (Kalendar Aktiviti)

Kalendar Aktiviti Permohonan IPG 2018 (PISMP). Bagi anda lepasan SPM yang sedang menunggu tarikh permohonan IPG ambilan tahun 2018 ini. Kami kongsikan Tarikh-tarikh penting untuk rujukan anda.

Untuk makluman anda, permohonan bagi kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) tahun 2018 masih belum dibuka lagi. Pelajar yang ingin memohon adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi KPM atau ikuti page post ini dalam mendapatkan tarikh penting Permohonan IPG 2018.

Sebagai rujukan anda, permohonan PISMP calon guru telah dibuka pada 13 Mac 2018. Program PISMP merupakan salah satu program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG dalam pelbagai bidang pengkhususuan sebagai keperluan di sekolah rendah kelak.

Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP IPG 2018

BilAktivitiTarikh
1Permohonan PISMP IPG 2018 secara online dibuka13 Mac 2018

hingga

28 Mac 2018

2Semak nama calon berjaya untuk menduduki UKCGakan dikemaskini
3Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
4Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian

(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang KPM)

5Temu Duga

(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik / Kokurikulum)

6Semakan tawaran calon berjaya.

  • Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM.
  • Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
7Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru

(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan IPG ini.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai IPGM Institut Pendidikan Guru Yang Terdapat Di Malaysia