Permohonan dan Semakan Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2024
Kemaskini! Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022, Syarat Kelayakan dan Cara Daftar. Semakan Kelulusan dan Tarikh Bayaran Bantuan KPM Terkini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.
Bantuan tersebut akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.
Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Kaedah Penyaluran Bayaran
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Tarikh Bayaran
Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.
Sila rujuk info lanjut melalui Garis Panduan berikut:
Pelaksanaan Bantuan
Pelaksanaan pemberian bantuan ini akan dijalankan mulai 17 Januari 2022 bagi murid tahun 2 sehingga tingkatan 5.
Untuk murid tahun 1, pemberian bantuan ini akan dilaksanakan sehingga proses pendaftaran selesai dijalankan.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang bakal diperoleh bagi pelajar yang layak adalah sebanyak RM150 secara one-off.
Syarat Kelayakan
Murid yang bakal memperoleh bantuan ini perlu menepati syarat kelayakan seperti berikut:
- Murid tersebut merupakan warganegara Malaysia.
- Murid tersebut mestilah berada di tahun 1 hingga tingkatan 5.
- Keluarga murid adalah dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
- Pendapatan kasar tersebut bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja dan elaun lebih masa serta elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan.
- Murid tersebut mestilah bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.
Cara Permohonan
Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.
Berikut disertakan borang permohonan bagi yang layak:
BORANG-PB1-BORANG-PERMOHONAN-BANTUAN-PERSEKOLAHANBagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di Sini
Info Penting Bantuan Bajet 2022 :-
- Cara Mohon dan Daftar Program eStart : Kredit Belia RM150 e-Skim Transaksi Tanpa Tunai
- Cara Mohon dan Semakan Kelayakan Diskaun Pinjaman PTPTN
- Cara Mohon dan Daftar Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia : Bantuan Tablet Percuma untuk Pelajar IPT
- i-Citra KWSP : Cara Mohon Pengeluaran, Semakan Kelayakan dan Tarikh Bayaran
- Cara Mohon dan Semakan Kelulusan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)