Advertisement

UPKK 2024: Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA

Kemaskini! Jadual Waktu UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) CALON 2022 telah dieluarkan | Jadual Peperiksaan UPKK 2022 | Senarai Subjek UPKK 2022 | Tarikh UPKK 2022 | Koleksi Soalan UPKK 2021 | Contoh Soalan UPKK 2022 | Silibus UPKK 2022 | Format Soalan UPKK 2022 | Pendaftaran UPKK

#PdPR turut diambil kira komponen penilaian UPKK #Simpeni KAFA 2022 #Simpeni JAKIM 2022

Jadual waktu peperiksaan UPKK 2022 (Ujian Amali,Lisan dan Bertulis)

Untuk panduan semua, dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022 sebagai rujukan. Dapat di lihat melalui Jadual peperiksaan UPKK ini mengenai tarikh dan masa untuk Peperiksaan amali, lisan dan bertulis secara terperinci.

Amali : 9 Mei hingga 30 September 2022

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Lisan : 10 hingga 31 Oktober 2022

  • Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
  • Hafazan
  • Tafsir

Ujian Bertulis : 14 November hingga 17 November 2022

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab
  • Lughatul Quran

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh JAKIM: https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/366603575510619

Muat turun jadual waktu peperiksaan UPKK lengkap

jadual_pengurusan_upkk2022


Mata Pelajaran Yang Dinilai

Bidang pengajian yang dinilai dalan UPKK adalah:

  1. Al-Quran
  2. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
  3. Sirah
  4. Asas Lughatul Quran
  5. Amali Solat
  6. Adab (Akhlak Islamiyah)
  7. Penghayatan Cara Hidup Islam
  8. Jawi dan Khat

Kaedah serta bentuk untuk dinilai melalui Peperiksaan UPKK adalah:

  • Secara Lisan – Al-Quran
  • Bentuk Amali – Amali Solat
  • Bentuk Lisan & Pemerhatian – Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Penulisan Bertulis
  1. Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
  2. Sirah
  3. Adab (Akhlak Islamiyah)
  4. Jawi dan Khat
  5. Asas Lughatul Quran

Pemarkahan Gred UPKK

Pencapaian gred markah peperiksaan untuk UPKK adalah berdasarkan kepada skala markah berikut :-

  • A (Tahap Cemerlang) 80-100%
  • B (Tahap Baik) 60-79%
  • C (Tahap Memuaskan) 40-59%
  • D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39%

* * Tertakluk kepada sebarang perubahan

PdPR turut diambil kira komponen penilaian UPKK

PUTRAJAYA: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai satu daripada komponen penilaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) murid yang dinilai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata beliau memahami keresahan ibu bapa berkaitan pelaksanaan UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang dilaksanakan secara serentak tahun ini.

Beliau berkata, setiap subjek dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

“Malah, ia tidak terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardu ain.

“UPKK mempunyai lapan subjek iaitu dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 11 November tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan berkata, ujian UPKK tahun 2020 akan dilakukan serentak dengan UPKK tahun ini iaitu bermula 4 hingga 7 Oktober depan.

Abdul Aziz berkata, bagi dua subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam, penilaian bermula dari awal takwim persekolahan tahun ini.

“Ia berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengambil kira ujian bulanan dan aktiviti dalam serta luar bilik darjah,” katanya.

Abdul Aziz berkata, bagi subjek al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dinilai guru KAFA sekolah dijadualkan bermula 1 hingga 30 September ini.

Sementara itu, lima subjek bertulis iaitu Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 serta Lughatul Quran akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober depan.

“Sehingga kini, UPKK masih relevan dan terbukti dengan pertambahan jumlah calon menduduki ujian itu.

“Dengan mengambil kira tempoh masa yang ada, pelaksanaan ujian bertulis UPKK masih mengikut jadual dan perancangan ditetapkan.

“Ia akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kelas al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun lalu, berdasarkan ulasan serta pandangan dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM).

“JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama semua agensi sudah menyediakan pelan tindakan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan UPKK tahun ini berjalan lancar.

– BERNAMA

Advertisement


Leave a Comment