Advertisement

Cara Mohon dan Semak Status Kelulusan Bantuan/Zakat MAIDAM

Kemaskini! Cara Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM 2021 | Dermasiswa dan Bantuan Awal Pengajian IPTA / IPTS Dalam dan Luar Negara

MAIDAM selaku Pihak Berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam keseluruhannya sentiasa berusaha merealisasikan agenda pembangunan keagamaan, pendidikan, Adat Melayu (sosio-budaya), ekonomi dan sistem perundangan secara terancang, menyeluruh dan berkesan.

MAIDAM menyediakan bantuan untuk para asnaf yang berhak dan memenuhi syarat kelayakan.

Bantuan Zakat IPTA / IPTS MAIDAM 2021

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2021 (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan awal pengajian IPTA/IPTS termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM adalah seperti berikut :Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

  1. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  2. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap/bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  3. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah.
  4. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/ Pra Diploma/ Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  5. Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA
  6. Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.
  7. Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  8. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Cara Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2021

  1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web MAIDAM http://www.espmb.com/maidam_zakat
  2. Isi semua maklumat berkaitan.
  3. Cetak borang permohonan.
  4. Serahkan borang permohonan beserta semua dokumen yang disahkan ke pejabat MAIDAM mengikut daerah masing-masing.

LAIN -LAIN BANTUAN MAIDAM

Asnaf-Asnaf Yang Layak Menerima Agihan Zakat & Bantuan MAIDAM

Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada 8 asnaf yang layak menerima zakat.

Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-

1. Faqir

Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

2. Miskin

Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kecemasan / Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

3. Amil

Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Ambilan Terus oleh Amil
  • Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

4. Ar-Riqab

Bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
  • Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

5. Al-Gharimin

Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
  • Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

6. Fisabilillah

Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
  • Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
  • Bantuan Pendidikan Dalam Negara
  • Bantuan Pendidikan Luar Negara

7. Ibnu Sabil

Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
  • Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

8. Muallaf

Bermaksud seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Saguhati Memeluk Islam
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kelas Bimbingan
  • Bantuan Aktiviti / Program Muallaf
  • Bantuan Pengajian Muallaf

Bantuan / Agihan Mengikut Sektor

Berikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan :

1. Sektor Sosial dan Kemanusiaan

  • Bantuan Bulanan.
  • Bantuan Sara Hidup.
  • Bantuan Baikpulih Rumah / Bina Rumah Baru.
  • Bantuan Perubatan / Hemodialisis.
  • Bantuan Kecemasan/Bencana.
  • Bantuan Berhutang.
  • Bantuan Sewa Rumah.
  • Bantuan Serta-Merta.
  • Bantuan Sempena Ramadhan.
  • Bantuan Pusat Pemulihan / Rumah Perlindungan.
  • Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.
  • Bantuan Masjid Surau.

2. Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
  • Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT  
  • Program Memartabatkan Institusi Ulama’
  • Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.  
  • Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.  
  • Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
  • Bantuan Persekolahan.
  • Latihan Kemahiran Anak Asnaf.
  • Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.
  • Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
  • Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.

3. Sektor Ekonomi dan Keusahawanan

  • Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan.
  • Kursus Keusahawanan Asnaf.

4. Bantuan Saudara Kita (Muallaf)

  • Saguhati Hari Raya
  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Dermasiswa Muallaf
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Umum Pelajaran
  • Pembinaan Rumah Individu
  • Saguhati Galakan Saudara Baru
  • Bantuan Modal
  • Bantuan Perubatan Muallaf
  • Kursus dan Latihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Bantuan Berkhatan

Cara Permohonan Bantuan MAIDAM

Langkah Permohonan Bantuan MAIDAM adalah seperti berikut:

  1. Permohonan boleh dilakukan secara online.
  2. Pilih borang permohonan berkaitan untuk dimuat turun melalui http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  3. Isi maklumat yang dikehendaki.
  4. Cetak semua borang permohonan.
  5. Hantar borang asal beserta salinan dokumen yang dikehendaki ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.

Cara Semakan Status Permohonan

Bagi menyemak status permohonan yang telah dibuat, ikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web rasmi semakan bantuan MAIDAM di http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx
  2. Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan tanpa tanda sengkang.
  3. Lihat status yang tertera pada skrin.

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di alamat berikut:

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Telefon: 09-6303030
Faks: 09-6247917

E-mail : info@maidam.gov.my

Laman Web : http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/ 

Info Penting lain2 Bantuan

Advertisement


Leave a Comment