Advertisement

Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA | SKIPMA MARA

Kemaskini! Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMa | MARA menawarkan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tujuan kemudahan sepanjang pengajian.

Permohonan dibuka pada 10 Ogos 2022 hingga 23 Ogos 2022 secara atas talian.

Apakah SKIPMA?

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengn perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pelajar tajaan MARA dibawah institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti dibawah yang layak memohon:

  • Kolej MARA (KM);
  • Institut Kemahiran MARA (IKM);
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII);
  • Kolej Profesional MARA (KPM);
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM);
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM); Dan
  • German Malaysian Institute (GMI).

Syarat Kelayakan

Pelajar IPMA yang mengikuti program secara pengajian sepenuh masa di peringkat Persediaan / Prauniversiti, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).

Syarat Kelayakan lanjut seperti berikut:

  1. Pelajar berstatus Bumiputera.
  2. Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  3. Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
    • Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi 20 tahun)
    • Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (Umur tidak melebihi 45 tahun)
  4. Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh permohonan dibuat.
  5. Pelajar layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  6. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/ pihak lain.

Jumlah Pinjaman

Amaun maksimum adalah sebanyak RM3,000.00 (ringgit malaysia: tiga ribu sahaja).

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

Cara Permohonan SKIPMA 2022

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan aplikasi.mara.gov.my/skip.

Permohonan juga boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula 10 Ogos 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan emel keĀ skipma@mara.gov.my.

Advertisement


Leave a Comment