Permohonan Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)

Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA atau KPM bagi ambilan MAC 2022 
telah pun dibuka sehingga 17 Februari 2022

PERMOHONAN DALAM TALIAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI 1 2022/2023 PENGAMBILAN MAC TELAH DIBUKA

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM).

Program diploma KPM Sesi 1 2022/2023 pengambilan Julai merupakan peluang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar Bumiputera dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Rangkaian Komputer, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan & Perbankan Islam, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran.

Calon-calon lelaki dan perempuan lepasan SPM / SPMV / SVM / STPM / STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian

Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2022

Program ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:

i. Diploma in Accounting (DIA)
ii. Diploma in Business Studies (DBS)
iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
vi. Diploma in Computer Networking (DCN)
vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
viii. Diploma in International Business (DIB)
ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
x. Diploma in Marketing (DMK)
xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

Cara Permohonan

Permohonan dibuka secara dalam talian & percuma, sila klik pautan https://apponline.mara.gov.my/upimonline/.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda
maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan
penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah
lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
Program Diploma KPM Sesi 1 2022/2023 Pengambilan Mac
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Semakan Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan program diploma KPM ini dijangka
diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 22 Februari
2022, selepas jam 3:00 petang.

Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej
adalah TIDAK DIBENARKAN.

Membuat pengesahan setuju terima tawaran di laman sesawang
UPIM https://apponline.mara.gov.my/upimonline dengan
memasukkan nombor transaksi pembayaran MARAeps bagi
membolehkan calon jaya memuat turun surat tawaran dan
dokumen pendaftaran selewat-lewatnya sebelum ATAU pada
04 Mac 2022 DAN bergantung kepada tempoh setuju terima
yang ditetapkan.

Permohonan Rayuan

Permohonan rayuan adalah secara atas talian (online) melalui
Sistem UPIM di laman sesawang https://apponline.mara.gov.my/upimonline mulai 22 Februari
sehingga 4 Mac 2022.

Keputusan permohonan rayuan program diploma KPM ini pula
dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada
05 Mac 2022, selepas jam 3:00 petang.

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

GARIS PANDUAN KEMASUKAN https://tinyurl.com/DIPKPM-MAC2022 .

  • 🤙 Hubungi kami di:

Facebook : https://www.facebook.com/hiedumara

Emel : upim.bpt@mara.gov.my

Baca Juga : Senarai Biasiswa Lepasan SPM DiBuka Untuk Permohonan

Baca Juga : Cara Mohon Online Kemasukan Asasi MARA

Untuk Permohonan Layari : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Advertisement


12 Pingbacks

Leave a Comment