Advertisement

Semakan Senarai Harga Honda HR-V Baru Di Malaysia dan Bayaran Bulanan

Kemaskini! Harga Terkini Honda HR-V Baharu | Honda HR-V generasi baru baru sahaja di dilancarkan oleh pihak Honda Malaysia pada bulan Julai lalu walapun pelancarannya di peringkat global telah dilakukan beberapa bulan lalu.

Sudah semestinya pelancaran ini menarik minat peminat kenderaan kelas HRV ini.

Akhirnya pihak Honda Malaysia hari ini, 14 Julai 2022 mengumumkan secara rasmi penjualan Honda HR-V 2022 beserta harga rasmi dengan 4 varian dan 3 rangkaian kuasa.

Ianya adalah:

  • 1.5L S
  • 1.5L Turbo E
  • 1.5L Turbo V
  • 1.5L e:HEV RS

Sebelum ini kalau lihat ramai youtuber yang telah mencuba lebih awal HR-V 2022 ini tetapi kesemuanya adalah daripada pengeluar Thailand. Ya, pasaran Thailand telah dapat model terbaru yang juga generasi ketiga ini lebih awal berbanding Malaysia.

Varian

Terdapat empat varian HR-V 2022 dan tiga rangkaian kuasa.

Varian S dikuasakan oleh enjin 1.5L aspirasi semulajadi dan berharga RM114,800.

Majoriti jualan dijangka disalurkan kepada varian Turbo E (RM129,800) dan Turbo V (RM134,800) dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang kini dikenali.

Varian teratas ialah RS e:HEV hibrid yang dijual pada harga RM140,800.

Semua harga adalah di atas jalan tidak termasuk insurans, dengan cukai jualan.

Kesemua kenderaan didatangkan dengan pakej waranti tanpa had jarak perjalanan selama lima tahun, dan bateri lithium-ion hibrid mendapat waranti tanpa had jarak perjalanan selama lapan tahun yang berasingan.

Seperti rangkaian Honda Malaysia yang lain, Honda HR-V baru ini dipasang secara tempatan di Pegoh, Melaka.

Secara ringkasnya berikut merupakan harga untuk Honda HR-V baru ini:

  1. Honda HR-V 1.5 S – RM114,800
  2. Honda HR-V 1.5 Turbo E – RM129,800
  3. Honda HR-V 1.5 Turbo V – RM134,800
  4. Honda HR-V 1.5 RS e:HEV – RM140,800

Spesifikasi

Malaysia boleh menjadi satu-satunya pasaran di dunia yang mendapat ketiga-tiga pilihan enjin untuk siri RV HR-V – NA, turbo dan hibrid.

Sebagai contoh, Eropah dan Thailand hanya mendapat varian hibrid sahaja, Indonesia mendapat NA dan turbo, manakala Australia adalah NA dan hibrid.

Varian S didatangkan dengan enjin 1.5L yang terdapat dalam model City petrol, empat silinder DOHC i-VTEC aspirasi semula jadi yang menghasilkan 121 PS dan tork 145 Nm pada 4,300 rpm.

Enjin ini mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam 12.1 saat dan kelajuan tertinggi ialah 187 km/j.

Gred E dan V dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang dinilai pada 181 PS dan 240 Nm tork yang dihasilkan antara 1,700 dan 4,500 rpm.

Kedua-dua NA dan turbo digandingkan dengan CVT, dan turbo menambah mod pemacu Sport, Normal dan Econ.

Varian E ialah HR-V terpantas dengan kemampuan mencatatkan kelajuan 0-100 km/j selama 8.7 saat, sepersepuluh lebih pantas daripada V dimana kelajuan tertinggi ialah 200 km/j.

Bayaran bulanan

Sebelum mengambil keputusan membeli Honda HR-V baru ini, ada baiknya anda mengetahu berapakah anggaran bayaran bulanan untuk membeli mana-mana varian HR-V ini:

Jadual di atas merupakan anggaran bayaran bulanan sekiranya anda membayar duit muka 10% daripada harga kereta dengan kadar faedah 2.5% (mungkin berbeza mengikut bank).

Advertisement


Leave a Comment