Advertisement

Permohonan Program SULUNG | Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia

Kemaskini! Permohonan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia Tahun 2022 | Syarat Permohonan dan Kelayakan, Tarikh mohon dan Semakan status Kelulusan.

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

Program digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai unik.

Apakah Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia ?

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bertujuan membantu pelajar B40 dengan membantu memberikan pendidikan yang baik agar dapat keluar dari kitaran B40 seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.

Lebih tepat lagi, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.

Ia merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Jenis Bantuan Yang Disediakan

  1. Tawaran Biasiswa SULUNG
  2. Asrama
  3. Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan

Cara Permohonan & Kelayakan

KPT memainkan peranan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang fokus membantu pelajar B40.

Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.

Advertisement


Leave a Comment