Advertisement

Semakan Keputusan MUET Secara Online dan SMS Tahun 2023

Kemaskini! Semakan Keputusan Ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2021 adalah bermula pada 24 Mac 2022 (Khamis) Jam 10.00 Pagi. Good Luck!

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2021

KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 3 TAHUN 2021

Untuk makluman, keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 2 Tahun 2021 boleh disemak mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi.

Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE

Sila ke pautan : https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/

KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS

Melalui SMS

Sila taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP

dan hantar ke 15888.

Contoh: MUET RESULT 09070711xxx

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Sekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula keputusan MUET, anda boleh rujuk maklumat di bawah dengan teliti.

  • Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  • Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  • Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  • Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja

Komponen Ujian MUET

Peperiksaan MUET meliputi empat kertas iaitu:

  1. Listening (30 minit)
  2. Speaking (30 minit)
  3. Reading (90 minit)
  4. Writing (90 minit)

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Pendaftaran MUET 2022

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan https://muet.mpm.edu.my

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

atau

hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

Advertisement


Leave a Comment