Semakan Online Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi
Lazimnya ianya diadakan setiap 5 tahun sekali. Namun ianya juga akan diadakan mengikut situasi-situasi yang telah termaktub di dalam perlembagaan.
Kini pengundi bukan lagi mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. Ini kerana had umur mengundi telah diturunkan kepada 18 tahun dan ke atas.
Pendaftaran Pemilih
Syarat pendaftaran pemilih haruslah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya.
Pendaftaran pemilih boleh dibuat melalui:
- Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
- Pendaftaran Bergerak seperti Out-Reach Team SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Berikut adalah senarai pusat-pusat pendaftaran, antaranya:
- Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
- Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
- Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
- Tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasaraya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR
Anda juga boleh mendaftar di pejabat pos dengan syarat resit JPN KPPK 11 perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Pendaftaran pemilih hanya boleh dibuat menggunakan maklumat yang tertera di kad pengenalan sahaja. Sijil lahir tidak diterima.
Anda tidak boleh mendaftar bagi pihak orang lain termasuk waris kerana mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, seseorang warganegara yang layak perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih.
Perjalanan Pilihan Raya (PRU)
Untuk makluman, calon Parlimen / DUN perlu membayar deposit untuk bertanding. Jumlah deposit adalah seperti berikut:
- RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
- RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
- RM 5,000 untuk deposit calon DUN
- RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN
Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut masa yang diumumkan oleh SPR.
Pemilih hanya perlu membawa kad pengenalan ketika sesi membuang undi berlangsung.
Jika hilang, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah:
- Passport
- Lesen memandu
- Kad rasmi pengenalan diri
Semakan Daftar Pemilih Online
Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan daftar pemilih dalam Portal Rasmi SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6500) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui SMS yang dibuka semasa musim pilihan raya.
Soalan Lazim PRU
Q: Macam mana nak tukar lokasi mengundi ke alamat baru?
A: Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat.
Q: Bolehkah mendaftar pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 8 digit yang lama?
A: Boleh. Peraturan-peraturan yang digunapakai sekarang membenarkan penggunaan Kad Pengenalan lapan (8) digit untuk mendaftar sebagai pemilih.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan pengundi hantu?
A: Istilah sebenar pengundi hantu bermaksud, pengundi yang datang untuk membuang undi di tempat mengundi dengan menggunakan Kad Pengenalan palsu atas nama pengundi lain yang berdaftar dalam daftar pemilih SPR. Penipuan dan penyamaran seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dihukum penjara tidak kurang dua (2) tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Semak Daftar Pemilih Anda Sekarang!!