Permohonan UPU Online | Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM

Permohonan UPU Online 2022 / 2023

KEMASKINI!! Makluman awal bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU sesi 2022/2023. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Kemaskini!! Cara Permohonan UPU 2022/2023 Online Lepasan SPM/STPM . Permohonan Baharu yang Dibuka Semula |Update Borang Maklumat UPUOnline SPM, STPM, Matrikulasi #Login dan Daftar UPUOnline | Fasa Pengemaskini

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik,Kolej Komuniti (KK) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)Sesi Akademik 2022 / 2023.

Pemohon boleh dibuat pada :

  • Dibuka 1 Jun 2022 hingga
  • Ditutup 28 Jun 2022

Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPU Online.

Permohonan baharu hanya boleh dibuat bagi calon yang belum mengemukakan permohonan UPUOnline pada 4 Februari 2022 hingga 31 MAC 2022

Tempoh Kemaskini UPUOnline

Bermula 21 Jun 2022 Jam 12.00 tengah hari sehingga 28 Jun 2022 jam 5.00 petang.

KATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM

  • Kategori A
    • SPM 2021
  • Kategori B
    • SPM 2020
    • SPM 2019

KATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF

  • STPM 2021
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2021 / 2022
  • STAM 2021 & 2020
  • Diploma / Setaraf
    • Diploma UA / Politeknik
    • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
    • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IBD / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
    • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

Syarat pemilihan program UPU online 2022 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan berikut:

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2022 / 2023

Calon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada :

KOD PROGRAM PENGAJIAN 
KEMASUKAN KE IPTA 
SESI AKADEMIK 2022/2023

Panduan Memilih Program

  1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

Dasar Pemilihan Meritokrasi

Dasar pemilihan UPU online 2021 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM

Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:

Panduan Permohonan UPUOnline 2022

Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

  1. Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pastikan kategori anda betul.
  3. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  4. Kira merit disini.
  5. Semak tren permohonan dan penawaran.
  6. Semak laluan kerjaya.
  7. Isi permohonan UPUOnline.
  8. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan.
  11. Klik butang “SIMPAN”.
  12. Cetak slip permohonan.
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online 2022, sila hubungi saluran berikut:

  • Hotline : 03 – 8870 8200
    • Waktu talian dibuka :
      • (Isnin – Jumaat) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
      • Waktu rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin – Khamis), 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat)

Taklimat Panduan KEMASKINI BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE 

Baca juga : Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2022/2023

Baca Juga : Senarai Biasiswa Terkini 2022 Lepasan SPM | STPM

Advertisement


30 Pingbacks

Leave a Comment