Cara Mohon Asuh Pintar | Bantuan Yuran Taska | Nurseri RM100 Sebulan
Untuk pengetahuan anda semua, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor
(YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) bagi tahun 2021.
Tarikh tutup bagi permohonan Asuh Pintar ini adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.
Misalnya, permohonan untuk manfaat bulan April 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 April 2021.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN ASUH PINTAR
Ibu bapa yang ingin memohon skim bantuan Asuh Pintar perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia serta dilahirkan dan menetap di Selangor; atau
- Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan tempat di mana pemohon menetap).
- Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM5000 ke bawah.
- Suami dan juga isteri mestilah bekerja.
- Mempunyai anak yang berumur 4 Tahun dan ke bawah.
- Permohonan terhad kepada 2 orang anak sahaja.
- Taska tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Ibu dan bapa tersebut adalah pengundi berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Senarai Taska atau Nurseri yang berdaftar boleh dirujuk melalui pautan http://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php.
Jika nama Taska atau Nurseri terbabit wujud di dalam senarai terbabit, pemohon boleh membuat permohonan untuk bantuan Asuh Pintar.
Cara Memohon
Ibu bapa yang berminat untuk memohon bantuan Asuh Pintar perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://asuhpintarv2.yawas.my/web/semakan.php?kp=.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Kemudian, klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
- Semak semua maklumat sebelum mendaftar.
- Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar permohonan.
- Cetak borang permohonan tersebut.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke email asuhpintar@gmail.com atau ke alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Dokumen Sokongan
Selepas menghantar permohonan secara online, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan berikut dalam tempoh 2 minggu selepas membuat permohonan iaitu:
- Salinan Sijil Lahir/MyKid anak.
- Salinan MyKad Ibu.
- Salinan MyKad Bapa.
- Salinan Perakuan Anak Angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (Jika diperlukan).
- Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Ibu.
- Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Bapa.
- Cop Pengesahan Taska Tempat Anak Belajar (Perlu dicop pada borang permohonan).
- Bagi pemohon yang tidak dilahirkan di Selangor, berikut adalah dokumen tambahan yang perlu dilampirkan:
- Salinan Bil Air/Bil Elektrik/TM/Astro/muka depan Buku Merah Ibu.
- Cop pengesahan bermastautin (Perlu dicop pada borang permohonan).
Pertanyaan & Info Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak YAWAS di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web http://asuhpintarv2.yawas.my/ untuk info lanjut.
Baca Juga : Senarai Bantuan Kerajaan Terkini
Advertisement