Advertisement

Permohonan dan Buat Rayuan BPR FASA 3

Kemaskini! Permohonan Rayuan BPR 2021 [Fasa 3] Di Buka | Semakan Rayuan BPR 2021 | Semakan BPR 2021 Lulus atau Tidak | Check Status Rayuan BPR Fasa 3 #Rayuan BPR Fasa 3

Bilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?

Permohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh bayaran BPR Fasa 3 dijangkan akan diterima pada bulan September 2021.

Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Keluarga

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)

Berapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?

Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.

Cara Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.


CARA MOHON DAN BUAT RAYUAN BPR FASA 2 YANG BERSTATUS TIDAK LULUS

KUALA LUMPUR: Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).”Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan ketika mengumumkan Program PEMERKASA Tambahan berkata sebanyak RM2.1 bilion BPR Tambahan diperuntukkan untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Justeru, pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata permohonan rayuan boleh dibuat menerusi beberapa kaedah iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.

Selain itu rayuan juga boleh dilakukan dengan penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual di cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada prosedur operasi standard semasa kaunter perkhidmatan kerajaan).

“Setelah pangkalan data BPR dikemas kini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).

“Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini, RM4.6 bilion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada Februari, Mac dan Mei tahun ini.Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada September 2021. – BERNAMA

Dalam FAQ tersebut juga dinyatakan bahawa kelayakan tidak semua penerima Fasa Pertama BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Tarikh dan Cara Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

Untuk makluman, anda boleh membuat rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.

Permohonan Rayuan BPR 2021 dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pada ikon ‘Rayuan’ (Mulai 15 Jun 2021)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  4. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  5. Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

Kategori Permohonan / Rayuan BPR Fasa 2

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun

Syarat Kelayakan BPR

Kategori Isi Rumah BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
  • Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
  • Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta

 Kategori Bujang BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU

Info Penting Lain :-

Advertisement


3 Pingbacks

Leave a Comment